Kerana Badi Peserta Bercerai, Sehati Berdansa Bakal Ditamatkan?

Comments: (0)
Agnes Monica ok 1 Kerana Badi Peserta Bercerai, Sehati Berdansa Bakal Ditamatkan?
Sehati Berdansa pada hemat kami adalah satu-satunya program realiti televisyen yang berjaya mempengaruhi kehidupan peserta & pengacaranya di’luar program.
Dengan kisah cinta pengacara yang tidak kesampaian dua musim berturut-turut & kisah penceraian beberapa pasangan yang turut serta — Sehati Berdansa di’katakan bakal tinggal sejarah.
Namun, sebagai manusia yang hidup penuh rasional & logik, mungkin semua itu hanya kebetulan namun khabar program kegemaran ramai ini bakal berkubur bagai 99% benar.
Astro di’katakan sedang merancang sebuah program realiti yang berkonsep serupa tetapi kali ini menampilkan orang awam sebagai peserta.
Maka akan ada nanti sesi ujibakat untuk orang ramai menyertai program Sehati Berdansa versi biasa. Kepada yang gemar menari, start your music & practice your move now.
kredit rotikaya

Oh! Crocs versi Polo

Comments: (0)
hahaha…ni jmpa kt pasaraya kecil2lan.. haha..kenapa PINK? sbb wane faveret khai.. haha.. actually byk lak wane ..design …saiz..siap ade khas utk kanak2 lg..POLO tuh!! – Ejardkethot Miss
Lagi gambar..
Lepas ni dah ada pilihan dah untuk sesiapa yang ragu tulisan “Allah” kat logo Crocs bawah tapak kaki tu. Cayalah. Haha!
kredit ohtidak

Norman Bantah Ahmad Idham Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas

Comments: (0)
Kata mereka, perlantikan Ahmad Idham sebagai orang kuat Finas akan menyebabkan conflict of interest kerana beliau juga merupakan penerbit serta pengarah filem yang berjaya. Biasa’lah, penerbit-penerbit lain pun risau filem-filem mereka gagal ke pawagam, dan secara tidak langsung menutup periuk nasi mereka.
Norman KRU, turut tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut dengan menyindir bahawa Ahmad Idham juga boleh melantik David Teo sebagai pengerusi Finas. Kata Norman, “Kalau macam tu biar Finas jadi syarikat Finas Sdn. Bhd. sahaja, lagi senang.”
Kecewa, beberapa orang kuat filem telah menghantar memorandum kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan untuk membantah perlantikan Ahmad Idham sebagai ahli lembaga pengarah Finas.
Pihak mereka masih menantikan jawapan daripada kementerian terbabit untuk tindakan lanjut.
kredit ohbulan

AC Mizal Mengamuk Dengan Bekas Isteri Dalam Facebook

Comments: (0)
Lagi kita diam lagi dia naik tocang,Mahkamah dah larang dia tetap nak buat, dah dua kali di Mahkamah dia kalah sebab tak ada bukti yg saya gagal membayar dia failkan kembali,nak tipu masyarakat sebab nampak baik?setiap nafkah yg saya berikan ada reeceipt,sekarang siapa yg salah!TETAPI ini dah melampau,so terimalah saman!kepada masyarakat yg tak tahu cerita….DIAM…sebab saya ada bukti yg saya betul,so yg mulut celupar diam n saksikan saya pulak beraksi,kita tak nak mengaibkan tetapi kalau dah melampau kau terimalah padahnya,biar masyarakat tahu siapa sebenarnya yg menipu….9 tahun aku tahan!
Ini kata-kata AC Mizal melalui akaun Facebook’nya – memang berkaitan dengan isu tuntutan nafkah antara AC Mizal dengan bekas isteri’nya, Shafnie. Setakat yang kami ingat, bekas isteri’nya sudah banyak kali naik turun mahkamah demi menuntut hak nafkah anak-anak mereka berdua. Nak kata AC Mizal susah, memang terang-terang umum mengetahui AC Mizal giat menjalankan perniagaan, sudah tentu masyuk gila maah!
Apa susah’nya AC Mizal, you beri sahaja’lah tuntutan bekas isteri you. Kata duit dah banyak, masakan dengan anak-anak pun berkira tak ingat dunia?Kecoh sangat la lu brader…
kredit ohbulan

Mengapa Anda Tak Patut Bagi Mak Anda Kenal YouTube?

Comments: (0)

(Gambar) Kris Dayanti Bercium dengan Raul

Comments: (0)
Agak bengang jer tengok Kris Dayanti nih, sebelum ini sibuk nafikan yang dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Raul, tapi sekarang siap cium depan wartawan sume.
Bila wartawan suruh cium balik, tanpa segan silu jer KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.
Sementara itu, terdapat group Facebook Say No To Krisdayanti telah mencecah 36 ribu orang
kredit okbeb

Mizz Nina Jelaskan Lagu What You Waiting For

Comments: (0)
Jika anda belum mendengar lagu What You Waiting For anda memang seorang yang ketinggalan, atau lebih tepat’nya orang panggil lambat loading.
Kontrovesi yang menyatakan lagi What You Waiting For adalah sebuah lagu yang menggalak’kan remaja melakukan seks bebas, parti sana sini sudah lama didengari. Kali ini giliran MizzNina untuk menjelaskan’nya.
Mizz Nina memberikan penjelasan bahawa,
Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan. Memang saya akui liriknya agak ‘nakal’ tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu.
Tambah’nya lagi,
Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu. Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula. Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis.
kredit okbeb

Followers

Related Posts with Thumbnails